Saturday, September 17, 2011







dengan sukacita nya aku ingin berkongsi cerita manis aku bahawa kontinjen kesatria negara memenangi tempat ke 2 dalam pertandingan kawad kaki baru-baru ini(tepuk tangan sikit!)
alhmdullilah dengan penuh rasa bersyukur aku lafazkan tatkala menerima hadiah dari Allah ini
walaupun pertandingan ini tak segah pertandingan lain,namun aku tetap suka dan gembira tahap cipan terbang sebab ni adalah first comp yang aku enter since aku masuk kat sini....
and di sini aku post kan gambar2 untuk kenangan aku and tatapan orang yang sudi membaca.....

and aku pown nak buat 'curhat' sikit kat sini....
sepanjang satu minggu ni aku memang teramat busy.....tapi dalam busy yang menimpa ada manis yang aku dapat rasa...
aku tak pandai sangat bab2 nak luahkan perasaan yang macam nie,bagi aku,dalam bab2 nie aku la yang hingusan binti hijau lagi!
sekian lama aku tak jumpa ngan mr.F,and minggu ni aku jumpa ngan dye....
tapi yang membezakan nya,aku jumpa diri dye pada diri orang lain...
orang lain yang di mana dibandingkan dengan kedudukan aku sekarang ni sangat lah tinggi perbezaanya....
ibarat semut dan helang...mana mungkin si semut boleh mencapai kepak sang helang yang terbang megah di langit biru....
orang lain yang kedudukanya sama tinggi dengan mr.F....dan tak serendah aku

mamat tinggi lampai dan kurus gila nie memang ingatkan aku pada mr.F...
mula-mula tu tak perasan la..tapi sejak minggu kawad kaki ni,memang aku perasan sangat2
dia ni pendiam,bersungguh2 dalam buat apa yang dye minat....dan tak bercakap benda bodoh yang boleh buat orang rasa meluat...bergurau yang sepadan....and aku suka!aku suka tengok dye!aku suka dekat ngan dye!

aku rasa bahagia bila aku cakap ngan dye
sebab aku rasa macam aku bercakap ngan mr.F
setiap kali aku bercakap dengan dye,aku akan fikir satu benda je
"macam ni ke rasanya kalau aku bercakap ngan mr.F?"
rasa yang boleh buat jantung aku berdegup selaju kereta F1 di litar sepang...
rasa yang boleh menarik hujung bibir aku sampai ke hujung mata....rasa yang boleh buat aku menyanyi dan menari dalam tandas sorang2......

zubect!adakah engkau sudah gila????
yes,you are!

aku dah berbulan-bulan tak bersua muka ngan mr.F...
yang boleh buat aku senyum hanya dengan sekeping gambar yang aku bawak ke mana-mana selama nie....
setiap kali online,dye tak pernah ada dalam list chat aku....
hanya mampu aku bukak profile dye...mana tahu dye tak sihat ke apa....
akhir2 ni aku dalam proses baca sebuah novel yang bertajuk jaja dan din,karya noor suraya....
jaja,seorang perempuan yang suka dengan din...sangat2,tapi din langsung tidak tahu kewujudan peminatnya....
mungkin kah aku jaja dan mr.F din???oh tidak!

aku boleh saja tulis satu biodata tentang mr.F sekarang kalau kau suruh
nama,alamat,cita2,tempat belajar,adik beradik,sukan favourite,komik favourite,makanan favourite,semua aku tahu!berkat rasa yang aku sorok selama 6 tahun!!!
tapi dye langsung tak tahu.......

100 orang yang baca mungkin akan cakap aku bodoh....
100 orang yang dengar mungkin akan cakap aku gila....
tapi aku sorang yang rasa buat hati aku bahagia.....

jadi....aku cuma boleh usha 'kembar' dye saja kat sini
walaupun 99% perbualan aku ngan dye tentang kawad kaki
tapi aku peduli apa!asalkan benda tu boleh buat aku tersenyum sampai kejang.....hehehehe

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MBLAQ

MBLAQ

uri MIR

uri MIR

Search This Blog

Loading...