Saturday, September 24, 2011

merepekan di pagi hari,namun bacalah sekalian sahabat ku hamba Allah....




assalamualaikum....

pagi yang indah hari ni(indah ke?dah la bangun subuh pun lambat,nak berindah-indah lagi!)
aku duk khusyuk meng'online'kan FB di mana hanya 2 orang je yang ada di chat list aku,(sedihnya)
so aku bukak la blog,tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku asyik addict ngan blog.maybe before ni tak berkesempatan kot.

sedang duk mencari idea nak merepek apa kat blog yang baru diubah suai nie,tiba2 teringat akan perbualan kami 4 sekawan baru2 ini.
lepas je waku exam,so petang tu nak lepak2 la sikit.bukak netbook dan duk tengok apa article yang best2 nak dibaca.(masa tu kolej aku takder air tau!busuk semuanya!nasib baik pagi dah wangi)
so kawan aku,Liza,dah baca kat kteorang tentang satu online article yang bertajuk:
COUPLE ITU HARAM!

memang perkataan couple dan dunia couple tu sendiri sangat asing bagi aku
aku ni sekadar nak bagi nasihat kat kawan2 tu boleh la
tu pun bagi pakat redah guna otak aku yang tepu ni,hehehhe

oke,back to the story

persoalan yang hangat aku nak tanya kau orang semua di sini is:

PERNAH TAK ANDA SEMUA BERZINA?

tak?ya?

ZINA.satu perkataan yang penuh dengan maksud dosa,dan sangat dasyat didengar oleh pancaindera anugerah Allah.

aku pernah.kau semua pun tentu pernah!

terdapat pelbagai jenis zina yang aku dapat tahu.bukan lah dari article itu sendiri,namun dari dulu lagi aku cukup tahu!tapi nak buat macam mana,dah nama pun remaja perasan idup lama kan,buat endah tak endah la.

zina mata
zina hati
zina tangan

Allah S.W.T memerintahkan kita sekalian hambanya untuk TIDAK DEKAT dengan zina
TIDAK DEKAT!
namun dalam arus maju tahap cipan terbang nie,zina senang didekati dimana-mana.
kat konsert,tempat belajar sekalipun.
tengoklah ramai mana student2 institusi tinggi,tak kira awam atau swasta dah rosak!

yes!aku pun pernah memandang tepat ke mata lelaki,tapi tanpa perasaan la weyh
tu aku mengaku.lagipun aku memang tak perfect.
bila membaca article tersebut,datang satu suara kecil yang berbisik pada aku,betapa banyak dosa yang aku telah buat sepanjang aku hidup
aku punya banyak kawan lelaki,bersentuhan tangan tu tak pernah la,kalau 'ter' tu pernah la.....
tepuk tampar?
erm,tepuk dari belakang pernah la kalau kawan2 aku tu duk mengusik
astaghfirullahala'zim
ampunilah dosa hamba-Mu ini yang Allah
aku takleh janji yang aku takkan cakap ngan laki2 tanpa tengok mata
aku pun takleh janji aku takkan kawan baik ngan laki2
namun insyaAllah aku akan cuba kurangkan 'kemesraan' yang melampau dulu tu
contohnya:
ambik gambar berdua tu biarlah jarak kasi nampak
kalau nak message tu kurangkan cakap benda2 yang tak patut
kalau duduk biarlah yang berjauhan sedikit lebih dari yang biasa

insyaAllah,kawan tetap kawan,tapi gap kena jaga.

lalu terlintas pula di fikiran aku tentang soklan Liza pada Timah

"Kenapa dulu masa Liza tanya Timah kenapa tak pernah couple,Timah tak jawab je couple tu haram?"

lalu sahabat ku Timah menjawab(skema nya ayat kau zubect!)

"sebab fatwa yang mengatakan couple itu haram dikeluarkan untuk sekian lamanya disebabkan banyak zina yang berlaku. dari hubungan couple itulah ramai yang bersentuhan antara laki2 dan pompuan.dalam islam takde kitab yang cakap Couple itu haram"

jawapan yang lengkap dan padat.syabas adik ku timah(tepuk tangan ckit!)

ya!ini semua gara2 syaitan,yang menggoda manusia ke arah maksiat.
pegang tangan itu dianggap simbol cinta
perhubungan haram itu dianggap simbol cinta
bercium-ciuman itu dianggap simbol cinta
maka,apa pulak simbol ikatan pernikahan?

memang la aku tak nikah lagi,aku nak ambik master dulu baru nak nikah oke!ingat aku ni gatal sangat ke nak nikah lepas belajar diploma?simpang malaikat 44!
tapi bagi aku,nikah la dengan suami yang boleh mengingatkan waktu sembahyang,yang boleh betulkan bacaan kita pada waktu mengaji,yang boleh menceritakan kisah2 pedoman kaum islam yang terdahulu kepada kita,dan boleh menegur secara yang baik apa yang patut dan tak patut.dan tidak cinta kita lebih pada cinta kepada ibunya dan Allah,penciptanya.

dan jikalau seorang lelaki itu tiada ilmu tersebut,bagi aku lah,apa salahnya kalau yang perempuan membimbing pasangan nya ke arah yang baik?btol tak?

dan gambar yang aku tunjuk kat kau orang semua tu merupakan satu novel yang mempunyai intipati yang sangat baik,yang meningatkan aku tentang pentingnya kesedaran Islam,pentingnya mendirikan solat,pentingnya untuk kita jadikan tokoh2 Islam terdahulu sebagai pedoman,dan apa itu kehidupan cara zuhud dan indahnya mati syahid itu sendiri.

nak cakap aku terpengaruh dengan novel cakap la,asalkan aku tahu apa yang aku baca dan terpengaruh pada yang baik2.kalau kau orang semua selalu baca novel cinta yang terlalu penuh dengan plot bahagia sehingga sedikit sahaja intipati tentang Islam di dalamnya,maka sangat lah disyorkan kepada anda untuk mencuba novel yang lain2,karya dari Jemari Seni.setakat yang Timah syorkan pada aku,tiada adegan2 yang lucah,dan intipati tentang Islam yang padat dan berkesan,thanks Timah.you dont know how much i owe you!

dan sekian lah 'repekan' aku pada pagi ini.assalamualaikum.

4 comments:

wawa said...

moral of the story : kawen je terus . lalala ;D

zubect said...

tw tkpe

NaRuFiQ said...

berusahalah menjadi perempuan yang baik....:)

Anonymous said...

eh apedaa promote nme org nie?? hahahahah lawok la zuby....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MBLAQ

MBLAQ

uri MIR

uri MIR

Search This Blog

Loading...