

tanya sama pokok.....
apa sebab goyang....
nanti jawab angin yang goncang....
tanya sama diri...
apa dosa yang tanggung...
nanti diri jawab 'aku masih muda'...
rasa tenang itu manusia jumpa dalam pelbagai bentuk...
rasa tenang itu bukan senang mahu dicari...
dan bukan sama pada semua...
rasa tenang itu mungkin boleh datang bergolek dalam keadaan hingar bingar...
rasa tenang itu mungkin datang dalam senyap sunyi...
aku rasa tenang itu pabila diri ku jauh...
jauh dari orang2 yang kenal kehidupan ku
dan orang2 yang akan datang memujuk dengan seribu satu bahasa...
pergi mana2 ceramah agama.....tenang itu datang bila kita dekat pada Allah...
pada usia 18 tahun.....
aku buat pertama kalinya bermunajat pada Allah...
solat aku semakin terpelihara...
aku cuba menutup aurat dengan betul...
terawih ku penuh....
aku solat witir...
dan aku rasa dekat pada penciptaku...
mesti kau orang semua kata aku nie jahil kan???
solat terawih pun tak penuh dulu!dah akil baligh tak tutup aurat btol2 lagi!
ye la,ye la!katalah!tak marah pun,terasa je sikit!
aku, yang esok akan berjuang dengan final exam...yang baru sudah menalaah pelajaran...memegang pada konsep usaha dan tawakal....sedang mengharapkan ketenangan pada malam ini...
aku, makhluk Allah yang jarang bermimpi...
harap pada malam ini aku dapat mimpikan bau harum pokok di syurga
Ya Allah,aku banyak dosa,boleh ke aku berpijak di syurga Mu???
dan duduk rehat2 di bawah pohon syurga Mu???

0 comments:
Post a Comment