
rasa hati ni berat sangat. ibarat seekor semut sedang menggendong 2 biji beras kat belakang. kalau lah bahu manusia memikul bebanan seringan satu biji beras, takkan la ada yang mengeluarkan air mata di hari ini. oke, aku taknak bercerita apa sebenarnya yang berlaku hari ini. cukuplah sekadar aku tuliskan yang hari nie aku rasa sangat bersalah pada seseorang yang aku sayang. dia sanggup buat apa saja demi aku. walaupun permintaan aku akan susahkan dia. Ya Allah, apa yang aku buat. yang aku pinta bukan kemewahan. aku sanggup hidup susah atau senang dengan dia. percayalah, dari kecik tak aku kenal hidup senang lenang. jadi aku tahu dye lagi susah dalam mengharungi kehidupan berbanding kan dengan aku. kalau nak ditanya, aku ni bagaikan beban dalam hidup die. mungkin kalau aku tiada dia lagi senang. namun aku sangat sayangkan dia. dia seperti ayah aku. dan aku sangat sayang pada dia, ALlah saja yang tahu. jangan risau, insyaAllah aku akan balas segala jasa dia. bukan dengan duit, namun dengan kasih sayang, keperibadian, dan kejayaan aku. ini semua untuk Allah, dan keluarga aku. i just want him to know how much i love him:)

0 comments:
Post a Comment