Saturday, December 31, 2011

entry suka suka jer




semalam tidor bukan main lagi lambat,dalam pukul 3 pagi baru panjat katil,tak tahu la kenapa aku susah sangat nak tidor sekarang,kalau dulu bukan main senang lagi,paling lewat pown dalam pukul 1 pagi camtu.dalam pukul 8 pagi dapat SMS dari assistant class rep sy,FIQA,sekai ngan class rep,NAIM,anta SMS yang sama jugak.ayatnya berbunyi begini:


"this week class BEL will be held as ussual"

which means memang akan ada kelas la pukul 10 pagi,suppose to...
then aku dengan kerja BEL tak buat lagi,memang mamai gler,berniat konon-konon nak tidor 5 minit lagi kan(dont believe me when i say i want to take a nap for 5 minutes,in the end,it will be for 1 hour!)

and,tada!10 minit sebelum pukul 10 baru bangun,terus pi mandi kambing!haha,tapi badan saya bau wangi ma!
ingat hari ni nak pakai shawl:(,tapi ingat tak sempat,so pakai je la tudung arini ciplak tuwh.terus turun bawah and naik 'tenggiling'

sejam duduk dalam kelas,lecturer ganti tak masuk-masuk,rasa macam nak sambung nap aku kat situ je terus!sekarang in the mood nak buat assignment CTU,pasal tamadun melayu,and aku sedar diri yang aku tak pandai BM:(
bye!

perjalanan balik ke UITM Machang




yang kat atas nie gambar aku and kawan2 satu group kat machang..ni kat depan pustaka on the way balik dari kelas.


okay,bukan nak cerita about pic kat atas,ni aku nak story sal perjalanan datang ke kolej tadi.serious menakutkan okay!its not that i saw a ghost or something(zubect,mulut jangan kasi celupar tengah2 malam buta nie),aku takut coz hujan sangat lebat la korang,angin pown gler kencang.tiba-tiba rasa bersalah coz tak baik sendiri naik bus.aku bimbang kan family aku nak balik ke terengganu semula.dah la aku memang basah gila,takder payung la(baru aku tahu kepentingan payung dalam hidup sehari-harian!)...badan dah start rasa tak sedap,ya Allah,janga la bagi aku demam lagi.tapi alhamdullilah,dah selamat sampai ke uitm.sekarang dalam bilik with my new roomate,ain....
nasib baik dia balik lagi awal dari aku,kalau tak tidor sorang2 la jawabnya.the other 2 roomates still dalam bus lagi,insyaAllah sampai subuh.aku takleh nak lelap lagi coz tunggu panggilan dari family.kalau dorang dah selamat sampai baru lena tidor aku.ya Allah,lindungilah mereka semua.

p/s:esok class kul 10 pagi,and now its 3 am



assalamualaikum semua ahli bloggers.tahun baru nie teramatlah familiar ngan azam kan?tapi pernah terfikir tak pasal your last year punyer azam?aku kali terakhir pernah buat azam masa lepas dapat result PMR.sebab masa tu kan heartbroken dapat 6a je(bersyukur la dari takder satu habuk kan?)
and lepas tu aku tak tahu la ngan azam-azam yang pernah aku buat.sebab satu pun tak tertunai.serious!bagi aku,azam tahun baru nie bukan hanya perlu dipatri dalam diary,blog or fb,but in our doa and heart.but that's based on my own opinion la.the rest is up to you guys.

tak salah nak bagitau semua pasal your latest azam,asalkan kita try our best nak tunaikan benda yang kita habaq tu.so,here is my azam for this year,(kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan)

1)menjadi hamba Allah yang lebih baik
2)nak cari orang yang betul ngan for any assingment this sem(yang nie agak susah)
3)kumpul kupon so that next sem taknak duduk luar.pokoknya taknak susahkan keluarga
4)kejar balik apa yang aku lepaskan
5)tak mudah give up lagi macam sebelum nie

insyaAllah,yg lainya akan aku selitkan dalam doa2 aku pada Allah
semoga 2012 tahun yang akan penuh dengan hidayah dan rahmat dari Allah,amin
3)

Friday, December 30, 2011






tomorrow is the day....
at last cuti aku dah berakhir,so sad.tak puas lagi lepak ngan family aku.tak puas teman kak n, tak puas kacau abang yie n abang lan.sangat-sangat tak puas.aku rasa hilang semangat untuk sem ni.taknak la cerita ulang-ulang kali pasal nie.tapi semangat nak study aku insyaAllah aku akan naikkan walau macamana susah sekalipun,aku janji pada keluarga aku nak dekan untuk dorang,so aku akan usaha sampai ke garisan penamat,insyaAllah,Dia nampak usaha aku.aku memang tak start ulangkaji lagi,tapi balik nie no hang out in dreams anymore.memang sebelum ni aku tak study.sebab aku perlukan masa nak berfikir.pasal assignment aku buat on the spot.aku tahu betapa tinggi harapan family so aku tak boleh afford nak dapat result yang merundum jatuh.

lusa ni dah masuk la new year.2012.orang barat cakap,the judgement day will finally come,tapi bila ia akan tiba bergantung pada Allah.dan aku harap aku masih lagi ada ruang nak bertaubat.dulu tak solat,sekarang nak penuhkan(pengakuan jujur dan ikhlas dengan rasa malu)

recently aku banyak baca status and blog sal cintan-cintun.tak tahu kenapa aku duk feeling sangat baca kisah-kisah orang yang aku sendiri pown tak kenal.and tadi aku tengok fb sorang minah kat U aku.aku memang agak tak senang ngan dia,coz dia tu agak sombong.kalau aku sorang je yg kata maybe aku reka cerita,tapi kalau dah leboh orang bercakap so......faham-faham la kan?

dia upload gambar dia and family pi bercuti,ngan bf dye sekali,and dorang looks like a real married couple,faham tak gambar macam mana yg aku maksudkan?aku berdoa supaya dorang memang akan nikah,kalau tak teramat rugi la bagi that girl sebab bagi semua perhiasan private untuk si lelaki tersebut.

aku mengaku yang aku bukan la minah pakai hijab besar,but im trying mu best to change.and memang aku takder boyfriens so tak tahu la kalau aku ada bf esok lusa aku akan pegang-pegang tangan atau tak.tapi aku harap kalau aku jumpa jodoh kat dunia,aku takkan buat benda macam tu.and biarlah pakwer aku nanti ialah bakal suami aku.

tetiba pulak teringat kat lecturer kawan aku.dia ni lecturer untuk subjek BEL. dia cerita ramai lelaki nak berkenalan ngan dye,tapi dia tolak.kalau nak kawan ngan IKHLAS takpe.ramai yang cuba masuk meminang,tapi dye tolak,sampai la ada sorang hamba Allah nie yang cuba power dia.dia buat solat istikharah selama 3 bulan tak silap aku.and alhamdullilah,dapat petunjuk Allah.dia terima pinangan,and percaya atau tidak.dorang tak pernah jumpa or sembang sama2.kenal personaliti diri dengan orang perantaraan saja.baguskan?moga2 mereka bahagia sampai bila2.amin

sebenarnya nak tulis sal azam tahun baru.tapi dah melalut ke topik lain.hehehe.byebye

Thursday, December 29, 2011




seriously aku takder idea nak update sebenarnya.tapi lepas p blogwalking kat blog orang lain tiba-tiba mood nak menulis ada pulak di kala tak mengantuk lagi ni. esok hari last aku akan spend ngan family as malam sabtu dah bertolak ke machang. will miss my home so much. minggu depan aku akan busy dengan kelas (yang ni of course la),upcoming assingment, ulangkaji and PROSTAR.

oh,by the way,aku lulus interview seketariat PROSTAR,and jadi biro keusahawanan :)
alhamdullilah.

okay,sepertimana aku cakap, blog ni is a medium for aku nak luahkan apa-apa saja and be frank to myself,ryte?so aku nak bagitau la sedikit perihal hidup aku ni.
aku sebenarnya cuba untuk sibukan diri kat U sebab hati aku tengah terluka. sebabnya diri aku yang tak boleh nak jujur. menipu ni sangat senang kalau hati busuk, tapi kalau hati aku nie tak tenang maknanya Alhamdullilah la hati aku ni ada rasa serba salah di atas kesalahan yang aku buat.

nak jadi jujur bukan senang. kadang-kadang menipu kerana terpaksa. orang cakap tipu sunat. but serious ke istilah tipu sunat tu ada? aku pun tak tahu. bila kita menipu, kadang-kadang sebab tak percaya pada kebolehan diri sendiri. dan itulah yang terjadi pada diri aku.

seriously, korang pernah menipu tak?kalau tak,alhamdullilah and syabas,u are an amazing person!

kalau ya,kenapa?

semua orang terperangkap dalam situasi sendiri kan?sama macam aku. kalau sekarang lampu ajaib tu memang wujud dalam dunia, aku nak hajatkan roda untuk aku putar ke masa silam. tapi, lampu ajaib is just a lamp at the end. in reality, Allah je tempat kita mengadu. orang cakap, kalau Allah tunaikan doa kita dengan cepat maknanya Dia sayang pada kita. kalau Allah tunaikan lambat Dia nak uji kita. tapi kalau tidak ditunaikan, Allah sediakan yang lebih baik.

kalau Allah dah sediakan tapi kita sendiri yang tak hargai apa kes pulak? boleh ke Allah bagi kita peluang ke 2?atau ini semua ada hikmah?Allah sedang menguji aku?

so soalan aku sekarang, kesilapan membawa kepada hikmah ke?

Wednesday, December 28, 2011





malam ni pecah rekod aku tak tido seharian.biasanya pukul 2 lebih tu paling lewat la.esok sure membongkang je la kerja aku.dalam aku duk syok cuba nak pejam mata,tergerak hati la nak online.bukak la the most popular social network,FACEBOOK.and terbaca satu status mamat nie.aku pown dah tak ingat apa yang dye taip,tapi yang pasti dye ni macam nak girl yang baik-baik la.which means alim,yang boleh dibuat bini.bukan jenis pompuan 'touch and go!'.kalo nak yang camtu takyah susah nak fikir.banyak kat tepi jalan tuwh.
then sudah bosan like semua status yang termendap kat home tu aku buka blog.saja duk cari balik follower.al-maklumlah aku kan buka sorang blogger tegar dah.takder masa nak ber'update' sangat.then aku bukak satu blog ni,tber2 terjumpa post yang ada link MUSLIM MANGA.pernah dengar?aku pun tak pernah.tapi yang aku boleh katakan aku suka sangat ngan cerita yang aku baca tu. mengisahkan tentang sorang mamat alim berjumpa ngan wanita yang cantik dan terpaksa berdua-duan pada waktu malam dalam sebuah masjid usang. si lelaki tersebut cuba menghalau wanita tu pada mulanya,tapi disebabkan ada rusuhan kat luar so nak tak nak dye kena bagi juga pompuan tu duk kat situ untuk berlindung sementara.
as pompuan tu duduk kat satu penjuru,dia asyik duk usha kerenah mamat alim ni.dye perasan satu tabiat pelik.mamat ni suka cucuh jari dia kat api lilin.sekejap-sekejap dye cucuh jari dye kat api(tak sakit ke bang oi?)gila tak sakit!
then masa pompuan tu nak chow dari masjid, dye tanya la mamat ni kenapa buat tabiat pelik camtu,then lelaki tu jawab.

"iblis berulangkali berbisik dalam hati aku supaya aku menyentuh kamu,dan aku terus-terusan meletak jari aku di atas bucu api dan ingatkan diri aku,kalau aku tak boleh tahan dengan panas api dunia,macam mana akan aku tahan dengan panasnya api di neraka"

so?what say u?
lelaki camnie zaman sekarang jenuh la nak cari,cam nak pi tresure hunt!
kawan laki aku majoritinya semua pernah sentuh pompuan,dan yang paling baik pegang tangan,jahat sikit cium pipi,paling jahat tak ingat dosa takyah nak jawab la.

mungkin dulu aku selalu anggap, lau pakwer yang pegang2 tangan tu standard la, at least tak buat lebih2.tapi sekarang aku tahu tu semua silap.semua tu nafsu semata-mata bukan cinta.

ya Allah,kalau aku tidak ditemukan jodoh dengan lelaki yang mencintaimu maka aku harap aku tidak akan bertemu jodoh sampai bila2.amin

(bukan nak cakap aku gatal nak nikah,tapi hope satu hari nanti aku tak buat benda salah)




sebelum masuk cuti ni ustaz aku ada bagi satu assignment.memang pelik la assignment nie kalau orang dengar.and lecturer yang lain tak buat macam lecterur kteorang.untuk musim cuti ni kteorang dikehendaki pergi ke masjid yang berdekatan.and solat berjemaah sekali.lepas solat tu ambik gambar ngan para jemaah sekali.korang ada?
hehehe.mula-mula dapat tu aku rasa cam kacang la.sekali ustaz mintak 5 keping gambar untuk 5 waktu yang berlainan.and dye cakap atas kteorang la nak jujur or tipu dia.and masa tu aku takder niat nak tipu.so aku decided nak JUJUR.

then,aku pown balik cuti la sekarang untuk seminggu kan.disebabkan aku berniat nak buat malam rabu,so aku tunggu sampai malam rabu la nak buat.hajatnya nak buat katb surau batu burok.sebab abang aku biasa pergi kat situ.semua orang surau kenal la ngan dye.then 'cik bendera merah' pulak datang melawat aku ai nie.DAMN!!!!!inilah akibatnya kalau suka menangguh.tangguh kerja and solat sekali.kalau kak n suruh aku solat masa time aku buat kerja aku selalu cakap,'nanti adik solat.'lepas setengah jam baru aku solat.malam ni aku sedar,kalau aku terus macam ni,aku takkan dapat kejayaan sekali lagi.Ya Allah,aku tak janji aku boleh solat tepat pada waktu setiap kali masuk azan,tapi aku akan cuba. jadi bagi semua sahabat, jangan jadi macam aku oke..... mana yang kita boleh baiki kita baiki selagi kita masih hidup

Monday, December 26, 2011




quick post selepas membuat assigmnet CTU yang sangay susah.nanti nak kena sambung baik.saya takleh jadi budak malas nanti abang saya marah.hehehe.
apa yang aku nak post pada malam ni sebab aku duk terdengar banyak sangat bencana alam yang terjadi sekarang. Ya Allah,benar segala kata-kata Mu, tapi kenapa kami sebagai manusia yang berakal susah nak ikut. aku rasa insaf dan takut. terus terang, dosa aku banyak. sangat banyak tak terhitung bilangan. dan masa macam nie la orang yang biasa buat maksiat kat pantai diam-diam duduk rumah kan?ini semua terjadi disebabkan ke alpa an manusia sendiri.... kan?

Saturday, December 24, 2011



rasa hati ni berat sangat. ibarat seekor semut sedang menggendong 2 biji beras kat belakang. kalau lah bahu manusia memikul bebanan seringan satu biji beras, takkan la ada yang mengeluarkan air mata di hari ini. oke, aku taknak bercerita apa sebenarnya yang berlaku hari ini. cukuplah sekadar aku tuliskan yang hari nie aku rasa sangat bersalah pada seseorang yang aku sayang. dia sanggup buat apa saja demi aku. walaupun permintaan aku akan susahkan dia. Ya Allah, apa yang aku buat. yang aku pinta bukan kemewahan. aku sanggup hidup susah atau senang dengan dia. percayalah, dari kecik tak aku kenal hidup senang lenang. jadi aku tahu dye lagi susah dalam mengharungi kehidupan berbanding kan dengan aku. kalau nak ditanya, aku ni bagaikan beban dalam hidup die. mungkin kalau aku tiada dia lagi senang. namun aku sangat sayangkan dia. dia seperti ayah aku. dan aku sangat sayang pada dia, ALlah saja yang tahu. jangan risau, insyaAllah aku akan balas segala jasa dia. bukan dengan duit, namun dengan kasih sayang, keperibadian, dan kejayaan aku. ini semua untuk Allah, dan keluarga aku. i just want him to know how much i love him:)

Thursday, December 15, 2011

dengan kata-kata, hati senang cair




betul cakap orang, bila perempuan di ayat, hati mereka senang cair....
macam hati aku sekarang ni. aku mengaku, aku perlukan kata-kata semangat buat masa sekarang. mungkin sudah ada yang bosan dengan aku, tapi apa boleh aku buat. aku dihantui dengan nasib aku sendiri. di saat aku berikan kata-kata ucapan, aku dapat balasan yang hampir buat aku menangis. menangis bukan kerana berkecil hati, menagis bukan kerana sakit hati, tapi kerana tak sangka harapan setiap orang pada aku itu ada walaupun sikit. aku sangat2 hargai setiap kata-kata korang. bermula dengan dia, yang tak dapat aku nak balas jasa, dan engkau, kawan masa sejarah aku. sayang insan-insan seperti kau orang semua. aku tak boleh nak luah kan pada sape2, tapi aku cume boleh abadikan feeling aku kat blog buruk and usang ni je. MAY ALLAH BLESS YOU GUYS.

Saturday, December 10, 2011



5 minit ke belakang dari saat ini aku duk usah status kat facebook. semkain hari semakin bosan aku duk menengok noti yang berlambak-lambak. tapi kalau takder noti terus lagi la sedih and tertekan kan. friend list je ramai tapi takder noti, kejam sungguh hidup ini. disaat aku meghitung minit untuk mata aku lelap, (dah la esok kelas kul 10), aku duk melayan perasaan semasa membalas satu status kawan mana pown aku tak tahu. dye nak putus asa. sure. putus asa merupakan satu benda yang aku tak suka, aku pernah buat, dan membunuh aku sekarang. i hate that word. to that friend, eventhough we are not that close, i just want to tell you, dont give up on something that will bring u a smile. because once you give up, you lost that smile and will starting to cry, and wait for some unsure answers, then hate to look yourself up in the mirror because the most pathetic person on that time is not someone else but YOU!


p/s:to atiqah adlina, im sorry, saya terlupa la nak post entry sal awak..rupa-rupanya post awak tu ade dalam draft, but believe me, tak semestinya i didnt post on you means i forget you, i always remember you sis. love and miss u.

Wednesday, December 7, 2011




lama giler aku tak bukak bahagian new post kat blog aku ni
sebabnya aku takder mood der!banyak giler benda yang mengusutkan diri aku sekarang
oatk aku ni semakin keras dengan masalah2 yang timbul.nak tahu masalah apa?mari dekat....

first tu about komander thinggy,aku takleh blah ngan mulut orang yang suke menunjuk tak kena tempat,cakap la aku jeles(ada la sikit kot),tapi jangan la duk citer benda2 yang merepek-repek depan aku.aku fed up and sedih la weyh!

and second,oke!fine!aku ngaku aku baik ngan komander aku,tapi salahke kalau dia just sekadar nak bagi aku semangat?bukan dye ade tujuan lain pown.fyi,dye sudah berpunya oke!and dye ngan semua ahli platun lain memang baik,bukan ngan aku sorang.aku ngan dye sekadar hubungan 'komander ngan anak buah',got it? and jangan la salahkan dye, kalau aku ada kat tempat dye aku pun akan buat benda yang sama. dye just care tentang perihal anak buah dye. tak salahkan?

and third,bukan aku sorang yang dapat A untuk subjek ko,berlambak lagi yang dapat.A ngan A+ kan sama je,4.00 jugak pointer nyer.so?whats the big deal?aku sure ade lagi budak lam platun aku dapat A. so jangan la nak gedik2 cakap aku dapat A+ sebab komander sayang aku lebih. takder makner oke!ramai lagi yang dapat A+.so jangan nak salahkan aku or komander aku!

lagi,aku taknak ambik tahu apa2 sal girlfriend komander, scandal komander, komander mana yang ada pakwer makwer, yang mana dah clash. its none of mu bisnes. lagi 24 jam kau cakap memang nampak sangat la kau nak show off kan. aku lau orang citer 5 saat je takpe, ni kalau dah hari2 aku dengar mau cair taik telinga aku yang tak pernah cair ni....!

and lastly, external kesayangan aku rosak.lagi aku tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MBLAQ

MBLAQ

uri MIR

uri MIR

Search This Blog

Loading...