Sunday, January 22, 2012

assalamualaikum semua yang sudi buka blog yang tak famous nie.di sini aku nak coretkan rasa hati aku nie.aku nak jadi soerang yang jujur pada diri aku, walaupun aku tak boleh jujur sepenuhnya dengan orang laen.kata orang sahabat baik itu tempat untuk kita meluahkan apa2 sahaja yang terpendam di dalam hati.tapi siapa tahu jika mulut taknak berbicara.mungkin hati aku dan mulut aku bukan dalam kumpulan yang sama.mulut tersenyum, namun hati bersedih. sungguh, aku pandai bermuka-muka. sebabnya aku taknak orang lain tahu apa yang aku rasa.aku tak pandai menyusun ayat ketika bercerita.
terperangkap dalam keputusan sendiri, dan ketamakan sendiri. kadang kala aku rasa terlalu penat untuk memikirkan apa yang patut aku buat.mula2 aku jejak kan kaki aku kat uitm nie, tujuan aku nak jadi seorang pelajar yang cemerlang dan aktif. for the first time in mylife, aku nak jadi lain, nak jadi special. aku nak orang appreciate and kenal ngan aku. mungkin cara pemikiran aku nie salah, but itulah apa yang aku fikir. dan alhamdullilah, rezeki aku murah. apa yang aku mintak semua dapat. cuma kadang2 adab manusia, cepat mengalah dengan sedikit ujian yang diberi. jadi ada peluang yang aku lepaskan dan akhirnya membawa kepada penyesalan yang tak sudah. namun Allah gantikan dengan yang lebih baik. aku dapat satu family baru. nak dikatakan family, itulah apa yang mereka cakap, namun bukan apa yang aku lihat. tapi bodohlah aku jika aku lepaskan, tak mahu mengulangi lagi kesilapan yang terdahulu. mungkin ini baru permulaan membuatkan diri aku rasa kekok dan bosan. aku hanya fikir mahu buat yang terbaik. meminta pendapat orang lain ku rasa hanya jawapan yang sama ku terima. lalu aku fikir, pada akhirnya aku sendiri yang memilih. dan datang lagi satu tawaran baru yang membuatkan aku terkial-kial dalam membuat keputusan. pada mulanya aku rasa mahu mencuba, namun pada malam pertama tersebut, rasa tak sedap hati berkunjung. laratkah aku mahu mengejar 2 benda yang sama. bukan jawatan sahaja mahu ku fikirkan, macam mana dengan prestari pelajaran aku. terus terang, aku rasa diri aku tak cemerlang seperti dulu lagi. aku tak mahu kerana ketamakkan aku, aku terpaksa korbankan pelajaran aku,. sesungguhnya berat aku mahu lukakan hati keluarga aku. walaupun tawaran ke dua ku rasakan lagi gembira berbanding dengan apa yang aku dapat, namun siapa cakap aku tak boleh buat perubahan pada sesuatu benda yang telah ditetapkan. apa salahnya jika perubahan itu membawa ke arah positif, meski aku bukan ketua namun apa yang perlu buat sekarang ialah untuk menonjolkan diri aku yang berani yang selalu aku simpan dalam diri aku. sudah tiba masa aku ringankan kepala aku dengan melepaskan salah satu. tak tahu apa yang aku buat nie betul atau tidak, namun jika aku lepaskan yang sudah berminggu-minggu aku dapat, sesungguhnya aku mencari nahas yang tersendiri. walaupun aku rasa sedih dan sedikit terkilan, namun apa yang boleh aku buat ialah memeri sokongan kepasa diri aku sendiri. insyaAllah, Dia sediakan hikmah di sebalik keputusan aku salah atau betul. dan aku tahu Dia tidak kejam. amin

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MBLAQ

MBLAQ

uri MIR

uri MIR

Search This Blog

Loading...