Sunday, January 22, 2012

menangis kadang2 bukan tanda lemah

hye semua...malam nie nak update cter sentimental skit boleh tak?asyik yg gembira je.nak juga sekali sekala buat curhat kat sini.erm, aku taknak la cter sal kursus PEERS tu,sampai esok pown aku tak habis taip kalau macam tu.tapi aku nak share satu sesi dimana budak2 semua duk citer sal masalah family.taknak la pulak aku citer kat sini sal masalah dorang sebab nanti macam pecah amanah pulak.tapi yang boleh aku cakap, ade jugak orang laen yang rasa apa yang aku rasa bila hilang orang yang kita sayang.

and aku ingat lagi ngan soklan eyra ya:"kenapa zuby tak nangis masa org cakap sal mak ayah?kalau eyra dah lama touching"......wahai sahabatku yg comel, sesungguhnya anda bukan orang pertama yang tanya sokan tu.dah banyak mana kem aku pi, semua mesti akan sebut sal mak ayah, and tak pernah lagi setakat nie aku menangis. kadang2 menangis tu bukan tanda lemah, dan tak menangis tu bukan tanda kekuatan. aku memang seorang manusia yang tak pandai nak luahkan perasaan, and tnujuk my real feeling deep inside.sangat2 tak pandai. aku tak menangis sebab aku memang dah penat menangis. aku tak nangis sebab aku taknak gambarkan yang aku sedih, sesungguhnya airmata itu boleh jadi penawar untuk melegakan perasaan, bukan menyelesaikan masalah. banyak mana air mata yang aku gugurkan, mak ayah aku masih akan berada di dalam liang kubur, nun jauh 7 kali dalam dari tempat aku berpijak. dan siapalah aku nie yang mahu mempersoalkan takdir Allah SWT.

semasa sesi kat kursus tu, ramai yang luahkan masalah family. and aku langsung tak tergerak nak ambik microphone tuwh. sebabnya, cerita aku lebih suka untuk dikongsi sendiri, atau dengan kawan2 yang rapat. itupun belum tentu akan aku luahkan. jadi sebenarnya, aku kehilangan ibuku di waktu aku berumur 12 tahun semasam trial upsr. dan ibuku pernah bagitahu dye nak masuk dewan ngan aku sekali masa ambik result. ayah aku pula masa aku umur 14 tahun, dan aku tak jumpa ngan dye before dye meninggal. dan untuk mendengar orang laen bercakap pasal mak ayah aku langsung tak sedih. sebab aku ada mak ayah.cume mereka jauh. dan ingatlah kawan2, aku tetap menangis di dalam walaupun aku tak zahirkan.....sudilah kamu semua sedekahkan al fatihah pada ibu bapa aku yer :)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MBLAQ

MBLAQ

uri MIR

uri MIR

Search This Blog

Loading...