
bukti cinta seorang anak kepada ibu bapanya mungkin dari hadiah-hadiah atau panggilan apabila jarak memisahkan mereka...
bukti cinta seorang guru kepada anak muridnya pula mungkin dari coklat 20 sen yang diberi sekiranya jawapan quiz dijawab dengan betul...
bukti cinta seorang awek kepada pakwernyer mungkin baju or masakan yang dibuat hasil air tangan sendiri
bukti cinta umat sekarang kepada baginda?????
malam ni sekali lagi hati aku disentuh untuk melihatkan diri aku yang kecik dalam memainkan peranan sebagai hamba ALLAH.usah dikira dosa yang ditanggung di bahu kiri, mahu saja aku memangis tadi apabila ditanya oleh si penceramah akan rindu kepada Rasul....
rindukah aku kepada Rasul???untuk menjawab tidak memang hati aku tidak tegar. Baginda insan yang disanjung tinggi, dihujani dengan peribadi dan akhlak mulia....dan aku sebagai umatnya sudah tentu mahu melihat sendiri dan seringkali terbayang-bayang akan rupa baginda....
namun untuk menjawab dengan penuh yakin bahawa aku sangat merindui baginda memang satu akuan yang plastic....kalau betul rindu mana buktinya???aku tidak berzikir setiap kali bangun dari tidur, dan aku tidak berzikir sepanjang hari....akhlak aku tidak berpandukan kepada akhlak Rasul sebaliknya penuh dengan kotoran duniawi....
ya Allah, malunya aku. aku memohon pelbagai benda dari Mu, namun aku lupa untuk mohon supaya Kau bagi aku hati yang suci dan murni, supaya hati ini penuh dengan rasa cinta. cinta yang halal. cinta yang suci. cinta yang murni.
tahukah anda bahawa rasul pernah menangis kerana aku???kerana kita semua???baginda tahu kita sayang pada baginda.baginda tahu kita merindui baginda.baginda memikirkan pasal kita apabila baginda menhampiri kewafatan. ya Allah, Kau mengurniakan kami insan yang sangat baik. yang tulus ikhlas menyayangi kami.
wahai Nabi Muhammad, baginda ku yang berhati baik dan berakhlak mulia.
tiada aku menghafal segala maklumat peribadi mu.
yang aku tahu, baginda dilahirkan oleh seorang wanita yang bernama Aminah, dan ayahmu bernama Abdullah.
aku juga tahu baginda sama dengan ku, sama-sama anak yatim piatu.
aku juga tahu akan minat dan bakat baginda dalam perniagaan.
aku juga tahu bahawa baginda pernah mempunyai 2 baju, yang selalu ditukar ganti.
dan aku tahu isterinya bernama Siti Khadijah.
dan sesungguhnya beliau salah seorang wanita yang bertuah.
bertuah kerana dipilih sebagai pejuang dan peneman setia di sisi baginda.
sesungguhnya malam nie, aku dapat rasakan kerinduanku terhadap baginda.
alangkah bahagianya hidup kami semua umat baginda jika dapat mengenali baginda dan mendampingi baginda.
sudah tentu anak2 yatim piatu tidak merasa kesunyian
jika hadirnya insan penyanyang seperti baginda
kami sayang baginda,Nabi Muhammad SAW.
YA ALLAH....
Kau sediakanlah syurga yang terbaik buat baginda ku
Kau berikanlah segala rahmat Mu kepada baginda ku
janganlah Kau sampaikan kepada baginda ku bahawa umatnya sudah hancur, sudah ramai yang hancur...
sudah tentu bagindaku akan bersedih akan hakikat ini....
ya Allah, moga2 bagindaku tidak akan bersedih ke atas kecuaian umat baginda hari ini
sesungguhnya aku memohon ampun dari Mu, dan memohon kemaafan dari baginda, kerana aku salah seorang hamba Mu dan umat baginda yang lalai.....
salam maulidur rasul buat semua

2 comments:
tersentuh saat bace entry ni :')
hehehe,sy ikhlas....:)
Post a Comment