

remaja selalu keliru dalam memilih jalan hidup masing-masing.... pernah tak korang mcam confuse dengan pilihan apa yang sepatutnya korang buat masa first time isi borang UPU dulu????pernah tak 2,3 kali tukar susunan pilihan tu semua???mesti ada jugak kan????
kadang-kadang tu bagi aku sendiri, aku takut untuk membuat sesuatu keputusan..aku takut apa yang aku pilih salah and buat aku menyesal... orang lain mungkin akan cakap, before kita buat something kena fikir masak-masak... tapi dorang tak tahu hati kita ni mungkin susah nak bekerjasama dalam hal-hal nie semua.... aku bagi satu contoh yang ringkas la eh, katakanlah ada seorang budak nie yang sangat berbakat dalam bidang sukan, tapi disebabkan dye taknak tercicir dalam pelajaran dye, dye lepaskan apa yang dye minat.... so kat sini akan timbulnya dua pandangan....
1: kenapa kau loser sangat???kalau orang laen boleh buat, kenapa kau takleh buat??? asalkan kau pandai bahagi masa sudahlah
2:bagus lah tu, nanti kalau kau tercicir dalam pelajaran susah pulak family kau, jadi atlit tapi kalau result cam hampeh buat apa....
bagi aku pandangn pertama tu ada point jugak, yer la, kalau orang laen boleh kenapa kita tak boleH???benda tu salah satu pegangan hidup yang aku selalu serapkan dalam hati aku, tapi pernah tak orang lain fikir, masa tu bukan senang nak dibahagikan... akan ada satu detik masa di mana kita kena pilih jugak apa lagi penting buat diri kita sendiri....
nak buat pilihan dalam hidup ni bukan satu benda yang senang.... tapi tak salah kalau mencuba... kadang2 kena pastikan dulu apa niat kita yang sebenar, nak kan pengalaman ke, sebab minat ke, or sebab saja2 nak pegang jawatan yang banyak and nak suruh orang ramai ngan kita.... kalau Allah dah takdirkan pada kita, benda tu takkan pergi ke mana.... dalam membuat pilihan manusia terkadang akan buat silap... namun, selagi kita boleh, rebutlah peluang yang ada kalau anda rasa anda boleh pikul tanggung jawab tersebut..... jangan pedulikan kata hati dan kata manusia.... kerana kata-kata tersebut memang selalu menipu





